Thursday 30 May 2013

Bagaimana mamat ni buat 1 million ketika umur 26 tahun memang menakjubkan.

Salam semua,

Saya mengucapkan terima kasih pada yang telah membaca ulasan buku Secrets of the Millionaire Mind. Saya mengharapkan anda dapat apa yang anda cari.  Ini kerana setiap kejayaan dalam apa bidang pun ianya bermula dari minda anda. Buku Secrets of the Millionaire Mind telah pun memberi saya jawapan kepada persoalan saya.

 Buku yang kedua yang akan saya ulas ialah buku Secrets Of Self-Made Millionaire.

Buku  Secrets Of Self-Made Millionaire ditulis oleh Adam Khoo. Sebelum saya mengulas lanjut tentang buku ini, perlu kita kenal siapakah penulisnya.

SIAPA ADAM KHOO

Adam Khoo sebenarnya tiada berbeza dengan anda mahu pun saya. Yang membezakanya adalah pemikiran tentang sesuatu keadaan. Saya teringat ketika membaca buku Secret of Self-Made Millionaire, bagaimana beliau mendapat tawaran untuk membuat satu majlis korporate yang mana perbelanjaan yang dicadangkan oleh pelanggan beliau adalah SGD9000. 

Ini membuatkan beliau terkejut dan takut. Beliau terkejut kerana tidak pernah mendapat projek sebesar itu dan beliau takut kerana belum pernah mempunyai pengalaman untuk projek sebesar itu.

Sebahagian dari suara hatinya suruh menolak projek itu dan sebahagian lagi suara-suara hantunya menyuruh mengambilnya dulu kemudian baru cari penyelesaianya.

Kalau anda berminat untuk membacs tentang suara-suara hantu ini yang boleh merosakan anda serta perniagaan anda, boleh baca di Secrets of the Millionaire Mind atau ulasan saya di sini.

Beliau telah mengambil pendekatan dengan menyanggupi untuk menerima projek berkenaan. Penyelesaian yang dibuat oleh beliau amat menarik sekali. Beliau boleh menjalankan projek berkenaan dengan jayanya tanpa mengeluarkan sebarang modal. Sebab itu beliau berjaya mendapat 1 juta pertama ketika berumur 26 tahun.

Saya amat berminat dengan cara pemikiranya serta buku-bukunya. Buku-bukunya menerangkan secara jelas dan satu persatu bagaimana anda boleh berjaya seperti beliau. Apa yang anda perlu buat hanya mengikut caranya sahaja.

Seperti kata Adam Khoo dalam blognya di sini ,

If you want to become a financially free, you should only listen to someone who's ALREADY financially free and no one else!

Semoga sedikit sebanyak saya berharapa anda akan mendapat manafaat tentang artikel saya ini. Saya akan ulas tentang buku Secrets Of Self-Made Millionaire pada masa terdekat.



No comments:

Post a Comment