Sunday 26 May 2013

Selepas Berperang Dengan Suara-Suara Hantu, Masukan Suara-Suara Kaya ...

Saya tak pernah terfikir sebenarnya, tentang suara-suara yang saya ikut dalam diri saya ini adalah suara-suara yang menjadikan saya lemah. Kalau anda mempunyai suara-suara hantu yang melemahkan anda, ini bermakna keberangkalian untuk anda untuk berjaya adalah amat tipis sekali.

Tanda -tanda yang paling jelas adalah apabila anda menangguhkan tugasan anda. Pernah tak anda perlu melakukan sesuatu, tiba-tiba tergiang -ngiang didalam kepala anda berkata "buat esok aje lah, sempat lagi ni". Bayangkan jika anda mempunyai pelanggan yang sedang menunggu anda telefon untuk satu urusniaga jutaan ringgit, tapi anda menangguhnya dengan alasan pelanggan itu menunggu anda. Nah, anda akan terlepas peluang niaga bernilai jutaan ringgit hanya kerana mendengar suara-suara hantu anda.


Didalam buku Secrets of the Millionaire Mind menyarankan anda menggantikan suara-suara hantu itu dengan suara-suara kaya. Ianya dipanggil "Wealth File". Ada 17 wealth file yang disarankan oleh pengarang yang perlu anda masukan kedalam minda anda supaya ianya menggantikan suara-suara hantu yang menjadikan anda gagal.

Yang paling menarik ialah pengarang menerangkan bagaimana cara memasukan 17 wealth file ini kedalam minda anda supaya ianya berkesan. Dengan 17 wealth file baru dimasukan kedalam minda anda akan menyebabkan anda sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan juga bermulanya kejayaan.

Anda kena ingat, setiap kejayaan adalah bermula dari minda anda, jika anda programkan minda anda dengan betul, saya pasti anda akan beroleh kejayaan yang di impikan.

Saya telah membaca buku Secrets of the Millionaire Mind berulang-ulang. Ini kerana suara-suara hantu saya telah lama berada dalam minda saya. Saya juga mengamalkan cara memasukan 17 wealth file secara konsisten untuk membuang suara-suara hantu saya. Alhamdulillah, saya berjaya. Saya telah berjaya membunuh suara-suara hantu saya dan suara-suara kejayaan berlegar-legar didalam kepala saya sekarang.

Jika anda hendak bejaya dan kaya dalam jua bidang yang anda ceburi, langkah permulaan yang perlu anda buat adalah hapuskan suara-suara hantu jahat ini. Gantikan dengan suara-suara kaya dengan mamasukan 17 wealth file yang disarankan. Anda boleh dapatkan buku Secrets of the Millionaire Mind  dibawah untuk cara-cara yang lebih jelas bagaimana memasukan file-file kaya ini.


 

Semoga apa yang diulas sedikit sebanyak memberi anda manafaat serta menjadikan anda lebih kenal akan diri anda dan masalah-masalah serta cabaran-cabaran yang perlu anda tangani.

 

No comments:

Post a Comment