Tuesday 11 August 2015

Jika Mati Bunuh Diri 

takdir ilahi
Seorang sahabat datang pada saya dan bertanya pendapat saya tentang mati bunuh diri. Jika orang tu mati bunuh diri, bukankah ianya adalah memang takdri Allah Taala? Beliau melontarkan satu soalan untuk saya fikirkan. Saya termenung memikirkan soalanya yang memang mencabar juga untuk dijawab.

Untuk memberi pendapat tentang perkara ini, saya sebenarnya tidak layak. Banyak lagi yang saya perlu pelajari. Mungkin ada sahabat-sahabat lain yang lebih mengetahui tentang perkara ini. Sahabat-sahabat ustaz yang dalam pakar bidang pengajian Islam boleh memberi jawapan tentang perkara ini. 

Walaubagaimanapun saya ingin berkongsi tentang satu buku yang saya baca mungkin dapat menjawab persoalan diatas. Buku ini bertajuk MUSLIM CHAMPION ditulis oleh Muhammad Azhar terbitan Kemilau Publika. Dalam buku ini ada diterangkan tentang takdir. Penulis memetik ucapan Syeikh Hasyim Muhammad Almasyhadani mengenai takdir. Beliau membahagikan takdir kepada tiga bahagian:

1) Takdir yang tidak boleh ditolak atau disingkirkan seperti kejadian alam, musibah, rezeki, ajal, bentuk tubuh dan mempunyai anak atau tidak. takdir bentuk pertama ada dinyatakan dalam surah Yasin ayat 38, Ai Imran aya 185, al-Hadid ayat 22, ar-Ra'd ayat 26, al-A'raf ayat 34 dan Infitar ayat 8. Takdir bentuk pertama ini diluar kekuasaan untuk menolaknya.

2) Takdir yang tidak boleh disingkirkan hamba, namun memungkinkan baginya untuk meminimumkan atau mengarahkn, seperti nafsu, persahabatan dan persekitaran. Nafsu keinginan tidak mungkin dibuang, namun hanya boleh diarahkan ke arah yang halalseperti yang diperintahkan dan dianjurkn syariat yng dalam masa yang sama mendapat pahala.

3) Takdir seorang hamba boleh mencegah atau menolaknya. Ini berkaitan segala perilaku yang sifatnya boleh tawar menawar atau kewajipan syariah yang berkaitan ganjaran dan hukuman. Anda boleh melakukan dan tidak melakukan sekaligus. Anda diberi kebebasan memilih, menjalankan atau mengakhiri. Takdi bentuk ketiga ini juga berlaku pada takdir yang dicegah dengan takdir. Misalnya takdir lapar boleh dicegah engan takdir makan. Takdir sakit dicegah engan takdi berubat. Takdir ketiga inilah yang memudahkan kemampuan dan usaha manusia. Takdir bentuk ketiga ini juga yang kemudianya seorang hamba diajukan pertanyan oleh Allah, Aku telah memberinya kemampuan untuk bertindak atau tidak, namun mengapa engkau melakukan maksiat dan tidak mengerjakan ketaatan. Pertanyaa ini juga sekaligus brlaku pada takdi bentuk kedua.

Menurut Syeikh Abdul Qadir , semua peristiwa , baik dan buruk terjadi kerana takdir Allah. Namun begitu, orang yang beriman dituntut agar menolak takdir buruk dengan takdi yang baik.

Dipetik dari buku "MUSLIM CHAMPION" yang ditulis oleh Muhammad Azhar.

No comments:

Post a Comment