Tuesday 21 May 2013

Menang Berperang Dengan Suara Hantu Baru Boleh Berjaya

Saya nak sambung ulasan saya tentang Secrets of the Millionaire Mind. Anda juga mugkin dah baca ulasan pertama saya tentang buku ini. Kalau belum baca boleh baca di sini.

Saya beli buku secara tidak sengaja. Ianya bermula ketika saya masih tercari-cari apa yang menyebabkan saya tidak berjaya dalam bidang yang saya ceburi. Ianya bermain-main didalam kepala saya sehinggalah saya terjumpa buku Secrets of the Millionaire Mind.

Tanpa membuang masa terus saya membelinya dengan harapan ada jawapan didalam buku ini. Hasilnya buku ini memang tidak mengecewakan saya. Apa jawapanya? Jawapanya adalah ada suara hantu dalam diri anda yang sentiasa menang dan anda sentiasa kalah. Itu yang menyebabkan anda tidak berjaya.





Sebenarnya cara berfikir anda yang memainkan peranana dalam menentukan kejayaan anda. Seperti kata pengarang buku ini dalam permulaan bab :

Rich people believe "I create my life."
Poor people believe "Live happen to me."

Apabila kita faham yang kita sebenarnya yang mencipta kehidupan yang bagaimana yang kita kehendaki, kita berusaha bersungguh walau apa cabaran yang mendatang. Apabila kita percaya sesuatu yang berlaku itu adalah memang terjadi untuk kita tanpa sebab, ini menyebabkan kita akan kecundang tanpa melawan.

Pengarang juga ada menerangkan tentang sifat kebanyakan orang suka menjadikan diri mereka mangsa. Antara sifat-sifat itu adalah :

  1. Menyalahkan.
Apabila sesuatu perkara tidak menyebelahi mereka, mereka akan menyalahkan kerajaan, ekonomi, kawan, bos, syarikat dan lain-lain. Suara-suara hantu dalam diri mereka ini yang menzahirkan pemikiran mereka serta perbuatan mereka.

    2.  Mewajarkan tindakan mereka adalah betul

Mereka akan sentiasa berkata duit itu tidak penting, atau orang tu memang kaya tapi hidup pun tak tenang juga. Menurut pengarang mereka sengaja cuba menenangkan hati mereka dan merasakan memang wajar kalau tidak kaya atau tiada duit.

   3. Suka Merungut.

Ini adalah salah satu sifat yang memang banyak terjadi diantara kata. Menurut pengarang mereka memilih merungut daripada mencari penyelesaian atau kesilapan mereka sendiri.

Perkara-perkara ini terjadi adalah sebab-sebab suara-suara hantu dalam diri kita yang telah sebati dengan diri kita.  Perkara begini perlu kita buang supaya ianya tidak menjadi tabiat dan menyebabkan kita sentiasa putus asa dan tidak mempunyai daya juang.

Pengarang Secrets of the Millionaire Mind telah menerangkan dengan jelas serta terperinci bagaimana ianya berlaku dan macamana kita hendak membunuh sifat-sifat serta suara-suara hantu ini.

Oleh itu hendaklah kita muhasabah diri kita serta kaji balik akan tindakan kita sebelum ni. Adakah ianya positif atau negatif.

Semoga mendapat manafaat. Saya akan sambung lagi ulasan-ulasan Secrets of the Millionaire Mind pada masa akan datang. Banyak lagi rahsia-rahsia yang belum dibongkarkan sebenarnya ...

Selamat membaca & beramal ...


No comments:

Post a Comment