Sunday 19 May 2013

Saya amat terpengaruh dengan buku ni ...

Buku yang saya ingin perkenalkan ini amat mempengaruhi hidup saya. Ianya ibarat satu panduan hidup yang akan membebaskan saya dari belenggu masalah. Jantung saya berdebar-debar apabila membacanya. Fikiran saya melayan memikirkan apa yang akan saya praktikan ini akan membuahkan hasil. Saya amat positif!

Buku yang saya maksudkan ialah Secrets of the Millionaire Mind. Ianya ditulis oleh T.Harv Eker. Sebelum saya ulas tentang buku beliau yang hebat dan telah mempengaruhi saya, mari kita kenal dulu siapakah beliau ni.




Siapakah T.Harv Eker?

Beliau merupakan pendatang eropah yang berhijrah ke Kanada dengan membawa harapan besar. Beliau dikatakan hidup susah bersama keluarga. Hanya meraih pendapatan denga menjual surat khabar, bekerja di tapak-tapak pesta tempatan serta menjual ais cream.


Walaubagaimana pun beliau berjaya menjejak kaki ke Universiti dan mula memasang impian untuk menjadi seoarang jutawan. Beliau berjaya membina empayar pusat kesihatan dan riadah atau lebih dikenali sebagai gymnasium. Hanya dalam masa 2 tahun setengah beliau berjaya mengembangkan perniagaan sehingga  mempunyai 10 cawangan.


Akhirnya beliau menjual perniagaannya dengan harga 1.5 juta. Seperti yang diimpikan menjadi kenyataan. Beliau telah menjadi jutawan.


Merasakan beliau telah bersusah payah sebelum ini, ini adalah peluang beliau untuk berbelanja. Beliau telah kehilangan semua duit dalam masa kurang dua tahun. Ini adalah kerana kurangnya pengetahuan asas dalam pelaburan dan kemahiran kewangan.


Sejak dari itu beliau mula memikirkan kembali apa sebenarnya yang dikatakan kekayaan. Bagaimana sebenarnya pemikiran orang kaya berfikir. Akhirnya beliau memperolehi jawapan. Jawapan yang diabadikan dalam buku beliau ini Secrets of the Millionaire Mind adalah rahsianya.

Saya yang membaca buku ini akhirnya faham apa itu kekayaan, wang dan kesajahteraan. Pada post yang seterusnya saya akan ulas tentang topik - topik yang di abadikan dalam buku Secrets of the Millionaire Mind ini dan bagaimana anda juga boleh terpengaruh dengan buku ini.

Selamat membaca ....


No comments:

Post a Comment